[VIDEO] PRN Johor: Mesyuarat SPR berlangsung pagi ini

Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada menjadi lokasi mesyuarat SPR berhubung PRN Johor diadakan pada pagi ini.
Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada menjadi lokasi mesyuarat SPR berhubung PRN Johor diadakan pada pagi ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mesyuarat Khas Berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 diadakan pagi ini yang dipengerusikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada), di sini.

Mesyuarat khas PRN Johor itu antara lain bagi membincangkan tarikh bagi writ pilihan raya dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi mendepani pilihan raya berkenaan.

Sebelumnya, Abdul Ghani dilihat tiba di Persada pada jam 9.40 pagi.

Turut menyertai mesyuarat itu, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dan Pengarah SPR Johor, Nor Nekman Jaiman.

Sidang media berhubung mesyuarat terbabit dijangka diadakan pada jam 12.30 tengah hari selepas SPR selesai mengadakan mesyuarat.

Delegasi SPR tiba di Persada bagi mesyuarat berhubung PRN Johor diadakan pada pagi ini.
Delegasi SPR tiba di Persada bagi mesyuarat berhubung PRN Johor diadakan pada pagi ini.

Pada 24 Januari lalu, SPR dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas PRN Johor pada 9 Februari.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 berkehendakkan suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN berkenaan.

Artikel Berkaitan:

SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor pada 23 Januari lalu.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN.

Kerajaan Johor sebelum ini dilaporkan memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga mantan Menteri Besar, pada 21 Disember lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!