Penyelia rancangan tanah Felda direman tujuh hari

Suspek (tengah) direman tujuh hari kerana disyaki menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bayaran hasil kelapa sawit berjumlah hampir RM70,000.
Suspek (tengah) direman tujuh hari kerana disyaki menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bayaran hasil kelapa sawit berjumlah hampir RM70,000.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang penyelia rancangan tanah Felda direman tujuh hari bermula Rabu kerana disyaki menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bayaran hasil kelapa sawit berjumlah hampir RM70,000.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 36 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Firdaus Saleh mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Permohonan sebelum itu dibuat oleh Pegawai Penyiasat Penolong Penguasa SPRM, Muhammad Shahrul Nizam Mohd Mokhtar di Mahkamah Majistret pada Rabu.

Suspek diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Berdasarkan maklumat SPRM, suspek ditahan di Pejabat Felda di Jempol pada jam 2 petang, Selasa.

Pada September dan Oktober 2020, suspek yang merupakan Pegawai Pembayar di sebuah kawasan Felda di negeri ini disyaki telah menyalahgunakan kedudukannya.

Suspek disyaki mendapatkan bayaran hasil kelapa sawit berjumlah RM69,137.32 bagi bulan September 2020 untuk dirinya sendiri sedangkan wang tersebut perlu dibayar kepada peneroka Felda.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!