PPM rampas rokok seludup dalam ladang sawit

Antara rokok yang ditemukan di hadapan sebuah rumah kosong dalam kawasan ladang sawit di Sri Pantai Mersing sebelum dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Mersing.
Antara rokok yang ditemukan di hadapan sebuah rumah kosong dalam kawasan ladang sawit di Sri Pantai Mersing sebelum dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Mersing.
A
A
A

MERSING - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas rokok seludup tidak bercukai di hadapan sebuah rumah kosong dalam kawasan ladang sawit di Sri Pantai Mersing di sini pada malam Selasa.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, serbuan pada jam 8 malam itu menemukan beberapa kotak rokok namun tiada tangkapan dibuat.

"Sebelum itu semasa PPM Wilayah Dua membuat rondaan di pesisir pantai telah menerima maklumat sebuah kenderaan warna gelap masuk ke kawasan ladang sawit di Sri Pantai Mersing dalam keadaan mencurigakan dan disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan.

"Anggota risik PPM Wilayah Dua pergi ke lokasi yang dinyatakan, tetapi tidak menemui sebarang kenderaan namun telah menjumpai sejumlah kotak dan rokok dipercayai tidak bercukai kastam.

"Tiada individu yang datang mengambil rokok berkenaan setelah intipan dijalankan selama satu jam setengah oleh anggota PPM tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Anggota PPM menemukan rokok seludup di hadapan sebuah rumah kosong dalam kawasan ladang sawit di Sri Pantai Mersing, Mersing, pada malam Selasa.
Anggota PPM menemukan rokok seludup di hadapan sebuah rumah kosong dalam kawasan ladang sawit di Sri Pantai Mersing, Mersing, pada malam Selasa.

Muhd Zailani berkata, pihaknya merampas rokok tersebut dan dibawa ke Pejabat PPM Wilayah Dua di sini sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Mersing untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, anggaran kasar nilai rampasan rokok termasuk cukai berjumlah RM20,400 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat mengenai kegiatan mencurigakan supaya dapat membantu pihak polis membanteras kegiatan penyeludupan.

"Polis Marin akan sentiasa bekerjasama dengan balai-balai polis berhampiran bagi membanteras kegiatan penyeludupan rokok, dadah dan migran dengan lebih berkesan. Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui 07-2372222," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!