Turki pelawa Malaysia sertai projek jet pejuang TF-X

Ismail bercakap kepada delegasi media Malaysia dalam satu taklimat ringkas di ibu pejabat SSB di Ankara.
Ismail bercakap kepada delegasi media Malaysia dalam satu taklimat ringkas di ibu pejabat SSB di Ankara.
A
A
A

ANKARA - Turki mempelawa Malaysia menyertai projek pembangunan jet pejuang generasi kelima TF-X terutama di peringkat awal pembangunan sebagai satu pelaburan jangka panjang.

Presiden Industri Pertahanan Turki, Profesor Dr Ismail Demir berkata, melihat Malaysia mampu menjadi penyumbang kepada pembangunan sistem pertahanan negara itu dan bakal memiliki tenaga mahir serta kepakaran dalam bidang berkenaan.

Menurutnya, Turki dan Malaysia turut mempunyai hubungan baik serta rapat selain Indonesia di Asia Tenggara.

"Hubungan kami dan Malaysia memang rapat sejak dulu lagi dan saya sangat berharap agar Malaysia dapat menyertai projek ini.

"Ia sangat mencabar kerana memerlukan banyak sumber manusia dan kewangan.

“Namun manfaat jangka panjang keutamaan kami dan mahu melangkah ke hadapan bersama Malaysia di samping menggunakan sumber yang ada bersama," katanya kepada lawatan delegasi media di ibu pejabat Presidensi Industri Pertahanan Turki (SSB) di Ankara.

SSB merupakan sebuah institusi kerajaan yang bertanggungjawab membangunkan teknologi dan produk serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan industri pertahanan dengan melaporkan terus kepada Presiden Turki.

Menurut Ismail, Malaysia salah satu negara terpenting dalam mengukuhkan hubungan sedia ada termasuk kerjasama melibatkan industri pertahanan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!