Kilang NBL terbesar dibangunkan di Kedah Rubber City

Tapak projek KRC fasa satu yang dibangunkan di daerah Padang Terap.
Tapak projek KRC fasa satu yang dibangunkan di daerah Padang Terap.
A
A
A

KUALA NERANG – Sebuah kilang getah nitril butadiena (NBL) terbesar di dunia akan dibangunkan di Kedah Rubber City (KRC) bermula tahun ini.

Ia bakal direalisasikan dengan termeterainya kerjasama antara pelabur perintis di KRC, Hong Seng Consolidated Bhd (Hong Seng) dengan Mitsui & Co (Malaysia) Sdn. Bhd.

Pengerusi Bukan Eksekutif Hong Seng, Datuk Muhamed Suffian Awang berkata, syarikat itu yakin pelaburan bernilai RM3 bilion itu mampu merancakkan pembangunan KRC yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.

"Pelaburan kerjasama strategik bernilai RM3 bilion ini bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk menikmati manfaatnya tetapi meliputi seluruh penduduk di negara ini,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian projek strategik NCER-Kedah Rubber City di Ladang Bukit Ketapang.

Menurutnya, pembukaan kilang di taman perindustrian tersebut dijangka memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat terutama dalam kalangan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

“Saya percaya pembinaan kilang ini akan memberi peluang kepada industri kecil, SME dan vendor untuk turut serta bersama kita di KRC.

“Kerjasama Mitsui & Co ini juga diharapkan dapat memperhebatkan lagi pembangunan di KRC,” ujarnya.

Muhamed Suffian berkata, sehubungan itu, pihaknya mempelawa individu berkemahiran dalam bidang berkaitan untuk menyertai mereka dalam merebut pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Artikel Berkaitan:

"Anak Kedah yang berkemahiran kini tidak lagi perlu keluar dari Kedah untuk mencari kerja, mereka boleh bersama kami menyokong usaha KRC dengan berbakti di negeri sendiri," katanya.

Menurutnya, industri hiliran juga akan berkembang selaras dengan pembangunan KRC terutama selepas taman perindustrian itu beroperasi sepenuhnya.

"Limpahan ekonomi akan dirasai di daerah Padang Terap khususnya penduduk setempat dalam masa terdekat.

"Malah bekalan produk berkaitan NBL yang kebanyakannya diimport akan dapat dikukuhkan di sini dengan kehadiran Mitsui dan Hong Seng," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!