Mohd Solihan masih setia dengan Bersatu

Mohd Solihan
Mohd Solihan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Ledang, Mohd Solihan Badri tidak akan meninggalkan parti itu sebaliknya akan terus setia berjuang dengan Bersatu.

Ketua Penerangan Bersatu Johor itu memberitahu, tiada sebab untuk berbuat demikian apatah lagi beliau merupakan antara pengasas parti itu semasa ditubuhkan di negeri ini pada 2017.

"Saya yang set (tubuhkan) parti ini di Johor dan masih setia dengan Bersatu," katanya ringkas ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau mengulas berkenaan Geng Bersatu Soleh yang melibatkan empat ketua bahagian Bersatu di negeri ini didakwa akan keluar parti itu seperti yang tular dalam media sosial ketika ini.

Pada Selasa, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya tidak mendengar khabar angin tersebut.

Ahmad Faizal berkata, tiada sebab untuk mereka keluar parti terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melainkan 'tergoda' dengan tawaran pihak tertentu untuk berbuat demikian.

Jelas bekas Menteri Besar Perak itu, selagi terus berpegang dengan prinsip dan perjuangan parti yang menolak kleptokrasi, rasuah serta salah guna kuasa, ketua bahagian itu tidak akan keluar parti.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!