PRN Johor: Hanya enam kerusi untuk Muda

Parti Muda
Parti Muda
A
A
A

JOHOR BAHRU- Hanya enam kerusi diperuntukan kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) oleh Pakatan Harapan (PH) bagi membolehkan calon parti itu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menerusi kenyataan bersama Presiden Parti Amanah Negara ( Amanah) Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, peruntukan enam kerusi itu berdasarkan rundingan pengagihan kerusi bagi PRN Johor yang dilakukan sebelum ini.

Enam kerusi tersebut ialah Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

"Berdasarkan siri-siri mesyuarat dan perbincangan yang telah dilakukan sebelum ini, ketiga- tiga parti bersetuju untuk memastikan tidak ada pertindihan kerusi.

"Amanah, DAP dan Muda akan bergerak sebagai rakan strategik pilihan raya walaupun Muda tidak menyertai Pakatan Harapan.

"Ia serasi dengan prinsip 'khemah besar' untuk menyatupadukan semua parti politik dan menggembleng tenaga bersedia melawan kerajaan Barisan Nasional ( BN) dan Perikatan Nasional (PN)," menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Sebelum itu media melaporkan Muda perlu mengemukakan dahulu senarai 10 kerusi yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan akan dilakukan selepas menerima senarai berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!