Pencemaran kimia: Polis tangkap 9 suspek

Mohamad Fuzi pada sidang media, hari ini.
Mohamad Fuzi pada sidang media, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Polis menahan sembilan individu yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, dua daripada sembilan individu terbabit ditahan di negeri ini, sementara selebihnya di luar Johor.

Menurutnya, polis sudah mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah terhadap semua individu terbabit selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Perkembangan Sungai Kim Kim, keadaan nampaknya kembali pulih secara perlahan-lahan tapi operasi menangkap suspek telah pun berjalan semalam dan setakat ini, kita sudah menangkap seramai dua orang di Johor dan tujuh lagi di luar Johor.

“Proses siasatan sedang berjalan. Kita pun sudah dapat reman enam hari sehingga 23 Mac ini,” katanya pada sidang media Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Kontinjen Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, kesemua individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 278, Seksyen 284 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, pada majlis tersebut, beliau menyampaikan penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor kepada 396 penerima yang layak.

Pengiktirafan di atas sumbangan sejak insurgensi komunis dan zaman darurat diterima empat pesara polis dan 392 pegawai yang bertugas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!