Nazril trauma, tak boleh tengok kelibat polis

Roshimah menunjukkan gambar terkini Nazril Hisyam yang dikongsi oleh adiknya melalui aplikasi WhatsApp.
Roshimah menunjukkan gambar terkini Nazril Hisyam yang dikongsi oleh adiknya melalui aplikasi WhatsApp.
A
A
A

PASIR MAS - Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan pengganas di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu, Nazril Hisham Omar, 49, mulai sedarkan diri dan stabil, namun masih berada dalam keadaan trauma.

Kakak mangsa, Roshimah Abdul Rashid, 57, berkata, buat masa ini adiknya itu tidak boleh melihat kelibat anggota keselamatan kerana teringatkan penyerang yang turut mengenakan pakaian seragam seakan-akan polis.

"Nazril Hisyam memang tak boleh langsung nak tengok kelibat polis, kalau nampak akan menjadi takut dan tak selesa.

"Itu maklumat yang saya dan keluarga terima daripada isterinya (Dr Zurinawati Mohi) pagi tadi," katanya ketika ditemui di Kampung Kiat, Bunut Susu di sini, hari ini.

Menurutnya, setakat ini adiknya itu sudah menjalani dua pembedahan, namun tetap perlu menjalani beberapa pembedahan pada masa akan datang.

"Doakan dia kembali pulih dan kuat semangat. Saya juga harap trauma dia hilang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!