Sultan Muhammad V rasmikan sidang DUN penggal kedua
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Sidang DUN Kelantan ke-14 di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Turut mencemar duli, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.
Baginda tiba di pekarangan kompleks berkenaan kira-kira 11.15 pagi dan disambut Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Nazran Muhammad dan barisan Exco.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!