Pemeriksaan suhu di premis pendidikan KPM tidak diwajibkan

Pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis institusi pendidikan KPM tidak diwajibkan mulai Jumaat. - Gambar hiasan
Pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis institusi pendidikan KPM tidak diwajibkan mulai Jumaat. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak diwajibkan mulai Jumaat.

Bagaimanapun, kata KPM, semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), pekerja perkhidmatan sokongan dan pelawat masih diwajibkan untuk mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera.

"Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa penjaga dimohon untuk memastikan anak-anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum hadir ke sekolah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut KPM, murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif Covid-19 serta tinggal serumah adalah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.

"Tahap kesihatan murid semasa berada di sekolah akan dipantau secara berterusan bagi memastikan murid yang bergejala diasingkan di bilik isolasi untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Kementerian itu berkata, ketetapan itu disaran turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM.

"KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik," katanya.

Selasa lalu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan pemansuhan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk ke mana-mana premis berkuat kuasa mulai 11 Februari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!