Wajibkan elaun pelajar praktikal perlu kajian mendalam

 Teo Nie Ching
Teo Nie Ching
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan elaun minimum untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menjalani latihan industri perlu diteliti dengan mendalam agar tidak membebankan industri, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata jika diwajibkan, langkah itu boleh membebankan majikan khususnya perusahaan kecil dan sederhana, sekali gus membataskan kemampuan mereka untuk mengambil pelajar praktikal.

“Tujuan utama penempatan pelajar ialah untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di IPT dalam situasi sebenar di tempat kerja. Oleh itu, penetapan atau pemberian elaun kepada pelajar praktikal adalah bergantung kepada peruntukan majikan masing-masing,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu usaha kerajaan untuk menetapkan kadar elaun minimum bagi pelajar praktikal sepanjang latihan di sektor swasta atau awam.

Teo berkata cadangan mewajibkan majikan mengambil sekurang-kurangnya seorang mahasiswa setahun juga memerlukan kajian memandangkan perkara tersebut tidak termaktub dalam undang-undang sedia ada selain pelbagai aspek lain termasuk jumlah majikan dalam industri bagi memastikan ia mampu menampung keperluan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!