Jangan mudah percaya angkat sumpah kerajaan baharu

Abdul Aziz (tiga, kiri) ketika merasmikan karnival.
Abdul Aziz (tiga, kiri) ketika merasmikan karnival.
A
A
A

IPOH - Rakyat diminta tidak mudah percaya dengan mesej yang tular mengatakan majlis mengangkat sumpah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu akan diadakan di negeri ini.

Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, perkara berkenaan yang disebar sejak minggu lalu dipercayai sengaja ditularkan bagi tujuan mengganggu urusan pentadbiran kerajaan sedia ada.

"Saya dapat berita ni minggu lepas lagi tapi tak jadi-jadi pun. Yang tular dalam media sosial ni saya tak pastilah, ia 'fake news' atau berita palsu. Mungkin orang luar atau di luar politik pandai sangat matematik dia, konon ada 30 orang tapi bagi 'pemain dalam padang' saya rasa tak semudah itu nak melantik kerajaan takkanlah masuk istana melantik kerajaan macam masuk kedai mamak saja kan?

"Jangan mudah percaya dengan mesej yang ditularkan di alam maya kerana ia akan ganggu perhatian kita dengan kerja-kerja rutin yang kita buat; seperti membangunkan negara. Jadi benda macam ini tak begitu baiklah untuk kemajuan negeri dan negara kerana ia mengganggu kestabilan sistem kita," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan berkenaan yang didapati tular di media sosial sejak semalam.

Terdahulu Abdul Aziz merasmikan Karnival Kerjaya PUO - Perkeso sempena sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia yang turut dihadiri Pengarah PUO, Dr Zairon Mustapha di Dewan Jubli Perak, PUO hari ini.

Sementara itu, menurutnya, membentuk kerajaan baharu sebenarnya tidak semudah seperti yang disangka malah situasi pada kali ini berbeza berbanding pada 2009 lalu ketika BN dan UMNO memerintah di Putrajaya.

"Kalau kita imbas kembali, insiden 2009 boleh berlaku kerana parti yang memerintah adalah UMNO dan BN, sekarang ini dah tak ada UMNO dan BN, jadi tak semudah itu. Lagi pun tak begitu logik kerana BN bukanlah lagi parti yang memerintah di Putrajaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!