Empat direman kes tuntutan palsu RM1.2 juta

Tiga individu ditahan reman bagi membantu siasatan diiringi anggota SPRM Kedah.
Tiga individu ditahan reman bagi membantu siasatan diiringi anggota SPRM Kedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang ketua penolong pengarah di jabatan kerajaan dan tiga kontraktor direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM1.2 juta.

Perintah reman terbabit dikeluarkan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Rashidah Azmi.

Permohonan reman dibuat Pegawai Penyiasat SPRM Kedah, Vitwat Eh Chan.

Terdahulu, tiga kontraktor tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar, di sini kira-kira jam 9.20 pagi sambil diiringi anggota SPRM Kedah.

Manakala, wanita berusia 41 tahun memakai baju berwarna biru gelap dengan seluar hitam yang merupakan ketua penolong pengarah jabatan kerajaan tiba sejam kemudian.

Kelmarin, empat individu termasuklah wanita berkenaan ditahan SPRM Kedah bersama tiga kontraktor kerana disyaki terlibat membuat tuntutan palsu bernilai RM1.2 juta.

Seorang ketua penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan ditahan reman empat hari bersabit kes tuntutan palsu.
Seorang ketua penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan ditahan reman empat hari bersabit kes tuntutan palsu.

Sumber berkata, keempat-empat suspek yang berusia antara 34 hingga 41 tahun itu ditahan antara jam 5 hingga 5.30 kerana terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mereka disyaki membuat tuntutan palsu berhubung pembekalan dan perkhidmatan untuk Kementerian Pelancongan berjumlah RM1.2 juta melibatkan program-program pelancongan di Pulau Langkawi.

Menurutnya, kerja-kerja tidak dilaksanakan, walaupun pembayaran untuknya telah dibuat antara tahun 2014 hingga 2016.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap mengesahkan tangkapan keempat-empat suspek.

Difahamkan, penjawat awam yang kini bertugas di ibu pejabat ICU Putrajaya melakukan perbuatan itu ketika bertugas di negeri ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!