Jota bikin Leicester berputih mata di Anfield
LIVERPOOL merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City kepada sembilan mata apabila dua jaringan Diogo Jota membolehkan skuad Jurgen Klopp menang bergaya 2-0 ke atas Leicester City di Stadium Anfield.
Selepas kemenangan 2-0 Manchester City ke atas Brentford yang menyaksikan anak buah Pep Guardiola melebarkan kelebihan di tangga teratas, Liverpool di tangga kedua ternyata memberi respons positif hasil jaringan setiap babak bekas pemain Wolves tersebut.
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool mengumpul 51 mata selepas mengharungi 23 perlawanan, manakala musim buruk Leicester kendalian Brendan Rodgers berterusan apabila terus merosot di tangga ke-12 dalam kedudukan liga.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!