Aidi serah tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak

 Azri (tengah) menyaksikan Aidi (kiri) menyerahkan Nota Serah Tugas kepada Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada Jumaat. -FotoBernama
Azri (tengah) menyaksikan Aidi (kiri) menyerahkan Nota Serah Tugas kepada Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada Jumaat. -FotoBernama
A
A
A

KUCHING - Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail menamatkan perkhidmatannya bersama Polis Kontinjen Sarawak dalam satu majlis serah terima tugas jawatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada Jumaat.

Beliau menyerahkan tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak kepada timbalannya, Datuk Mancha Ata yang akan memangku jawatan berkenaan.

Majlis serah terima tugas itu juga disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad.

Aidi memegang jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak selama hampir dua tahun sejak 18 Februari 2020.

Pada 20 Januari lalu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Deputi Komisioner Ruslan Khalid dalam satu kenyataan memaklumkan Aidi dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa pada 22 Februari ini.

Aidi dalam satu sidang media selepas acara tersebut berkata, pandemik Covid-19 dan keadaan negeri Sarawak yang luas merupakan cabaran terbesar beliau semasa memegang jawatan Pesuruhjaya Polis negeri itu.

"Sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan misalnya kita perlu mengerahkan jumlah anggota yang besar bukan sahaja untuk tujuan sekatan jalan raya tetapi untuk memantau SOP (prosedur operasi standard).

"Cabaran ini juga belum selesai, kita lihat kes positif kembali meningkat dan semua harus tidak leka dan selesa dalam menghadapi cabaran ini,” katanya.- Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!