MPC teroka inisiatif tingkat keupayaan transformasi digital

MPC
MPC
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menerokai inisiatif data raya dalam pelaksanaan Projek Data Exchange MPC bagi memantapkan keupayaan transformasi digitalnya.

MPC dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, inisiatif tersebut bertujuan bagi meningkatkan keupayaannya dalam membuat keputusan berasaskan fakta dan data, pembangunan tenaga kerja tempatan dan sekali gus menyahut keperluan kritikal agenda transformasi negara seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

"Pelbagai jenis data sama ada berstruktur atau tidak berstruktur dari pelbagai sumber dapat dianalisis dan diakses bagi membantu MPC membuat perancangan serta keputusan secara berkesan.

"Dalam situasi kini, penggunaan data raya sangat penting terutamanya bidang-bidang penting dalam negara seperti perniagaan, kesihatan dan kewangan," katanya.

Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, salah satu objektif transformasi digital adalah menggandakan jangkauan perkhidmatan MPC kepada pelanggan tanpa halangan masa dan geografi dan mengurangkan kos operasinya supaya lebih cekap dan berkesan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!