Zouma terima padah gara-gara tendang kucing

Zouma
Zouma
A
A
A

TONGGAK pertahanan West Ham, Kurt Zouma akhirnya menerima padah susulan tindakan dia mengasari kucing Bengal miliknya baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, West Ham memaklumkan, Zouma dikenakan denda dengan ‘jumlah paling maksimum’ kerana mengasari kucingnya di rumah agam miliknya di London.

“West Ham United mengesahkan Kurt Zouma sudah didenda semaksimum mungkin selepas aksinya dalam video itu tular. Pemain itu diminta menderma kepada badan kebajikan haiwan,” kata kenyataan itu.

Laporan mengatakan Zouma boleh didenda sekitar £250,000 (RM1.41 juta) dengan standard ditetapkan dalam kontrak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Malah, kontrak Zouma dengan pengeluar barangan sukan Adidas ditamatkan selepas tersebar video yang menunjukkan dia menyepak haiwan peliharaannya itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!