Bekalan telur ayam mencukupi di Perak

Razman (dua dari kiri) bersama Ahmad Shafri melawat kilang pengeluaran telur ayam di Bidor.
Razman (dua dari kiri) bersama Ahmad Shafri melawat kilang pengeluaran telur ayam di Bidor.
A
A
A

TAPAH - Bekalan telur ayam di Perak masih mencukupi dengan kadar pengeluaran sebanyak 148.4 juta biji sebulan.

Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, sebanyak 23 ladang ayam penelur beroperasi di seluruh negeri dengan kadar pengeluaran melebihi 200 peratus.

Menurutnya, penggunaan perkapita rakyat negeri ini adalah kadar 22.2 kilogram setahun yang boleh ditampung dari pengeluaran telur domestik berkenaan.

"Bekalan yang ada masih mencukupi dan terkawal. Perak mengeluarkan telur lebih 200 peratus dan keperluan bahan mentah itu cukup untuk kegunaan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kilang pengeluar telur di Bidor, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A Sivanesan; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Ahmad Shafri Hassan dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Perak, Saifullizan Kamarul Zaman.

Razman berkata, pemberian subsidi yang diumumkan kerajaan pada Rabu dapat membantu pengeluar atau penternak dalam tempoh empat bulan ini.

Katanya, isu kenaikan harga telur dikenal pasti disebabkan harga kenaikan harga dedak dan kekurangan pekerja asing lebih 20 peratus yang menyebabkan operasi pengeluaran telur dihadkan.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua perkara ini bergantung kepada keputusan kerajaan pusat.

"Bagaimanapun kita minta Kementerian Sumber Manusia untuk melihat isu ini kerana menjejaskan sektor ternakan dan perladangan juga," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!