MoU PDI akan dimeterai dalam tempoh terdekat

Saravanan
Saravanan
A
A
A

SHAH ALAM - Memorandum persefahaman (MoU) berhubung Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) akan dimeterai antara Malaysia dan negara republik itu dalam tempoh terdekat.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, perkara berkaitan MoU tersebut telah dibincangkan secara teliti dalam beberapa siri mesyuarat sebelum ini dan jemaah menteri memutuskan agar ia disegerakan.

"Saya dan Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia, Ida Fauziyah akan memeterai MoU tersebut secepat mungkin.

"Saya juga ingin menasihati pekerja asing termasuk PDI tentang pentingnya untuk mempunyai dokumen perjalanan serta permit kerja yang sah agar hak mereka sebagai pekerja adalah terjamin," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Saravanan turut memaklumkan, pihaknya sentiasa melindungi dan menjaga kebajikan serta kesejahteraan pekerja warga Indonesia di Malaysia.

"Ini terutamanya membabitkan isu seperti gaji, cuti serta kebajikan pekerja," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!