4 juta botol minuman arak dimusnah
KANO - Pihak berkuasa di bandar Kano, utara Nigeria telah memusnahkan hampir empat juta botol minuman arak, dengan alasan pengambilan alkohol dilarang dalam negara majoriti penduduk beragama Islam.
Polis syariah yang digelar Hisbah sering kali memusnahkan minuman alkohol dan merampas dadah, namun rampasan arak itu disifatkan yang terbesar baru-baru ini.
Ratusan anggota Hisbah memunggah 3,873,163 botol arak dan beberapa minuman yang dicampur alkohol pada Rabu dan memusnahkannya di sebuah tempat terbuka di kampung Tudun Kalebawa.
Jentolak kemudian melenyek botol arak terbabit dengan orang ramai melaungkan 'Allahu Akbar' termasuk pegawai kanan Hisbah dan pegawai kerajaan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!