Jumlah korban taufan Batsirai di Madagascar meningkat

Seorang penduduk berdiri di sebelah rumahnya yang runtuh dilanda Taufan Tropika Batsirai. - AFP
Seorang penduduk berdiri di sebelah rumahnya yang runtuh dilanda Taufan Tropika Batsirai. - AFP
A
A
A

ANTANANARIVO - Jumlah korban akibat taufan tropika Batsirai di Madagascar meningkat kepada 111 orang pada Jumaat.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNGRC) berkata, seramai 87 orang maut di daerah Ikongo, berhampiran pantai timur Lautan Hindi.

Kira-kira 30,000 orang masih ditempatkan dalam khemah perlindungan sementara selepas taufan sama yang melanda kepulauan tersebut pada hujung minggu lalu.

Dalam pada itu, agensi bantuan melahirkan kebimbangan mengenai minuman bersih dan bertindak menyediakan sistem penapisan air.

Difahamkan penyakit bawaan air boleh menimbulkan risiko kesihatan selepas bencana ribut tropika.

Madagascar merupakan salah sebuah negara termiskin di dunia. Kira-kira 42 peratus kanak-kanak mengalami kekurangan zat yang kronik, walaupun tanpa bencana alam. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!