ECRL: Proses ambil tanah di Terengganu, Pahang capai 89 peratus

Gambar kecil: Datuk Seri Darwis Abdul Razak
Gambar kecil: Datuk Seri Darwis Abdul Razak
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sehingga Januari tahun ini mencapai kemajuan infrastruktur 27.19 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, proses pengambilan tanah di Terengganu dan Pahang kini sedang berjalan dan sudah mencapai 89 peratus.

"Kemajuan projek ECRL melibatkan pengambilan tanah di Terengganu berjalan lancar dan kini berada pada 25.76 peratus setakat Januari 2021 dan ia dijangka selesai pada 2023 manakala proses pengambilalihan tanah di Kelantan telah pun selesai.

"Kita harap kerjasama diberikan di peringkat negeri dapat melancarkan projek ECRL di Terengganu," katanya ketika ditemui media pada Majlis Jalinan Kasih Keluarga Malaysia (Corporate Social Responsibility) Jabatan Kastam DiRaja Terengganu bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada Sabtu.

Menurut Darwis, secara keseluruhan proses pengambilan tanah bagi Terengganu dan Pahang dijangka selesai pada penghujung 2023.

Beliau berkata, laluan sepanjang 665 kilometer (km) melibatkan peruntukan keseluruhan RM50.272 bilion itu kini berjalan lancar walaupun berlaku beberapa kelewatan akibat masalah teknikal.

"Bagi jajaran Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor iaitu jajaran Seksyen A, B dan C1 dijangka siap pada Disember 2026 dan beroperasi pada 1 Januari 2027.

"Kita akui ada mengalami kelewatan, namun boleh 'catch up' balik dan kita yakin boleh capai kemajuan lebih baik pada tahun ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!