Myanmar umum pengampunan 814 banduan sempena Hari Kesatuan

Beratus-ratus tentera berarak di samping penjawat awam kibarkan bendera negara dan persembahkan tarian koreografi sempena Sambutan Jubli Berlian Hari Kesatuan. - Foto Reuters
Beratus-ratus tentera berarak di samping penjawat awam kibarkan bendera negara dan persembahkan tarian koreografi sempena Sambutan Jubli Berlian Hari Kesatuan. - Foto Reuters
A
A
A

YANGON - Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar memutuskan pada Sabtu untuk mengampuni 814 banduan Myanmar dan tujuh banduan asing sempena Sambutan Jubli Berlian Hari Kesatuan, lapor Agensi Berita Xinhua menurut media kerajaan.

Majlis itu juga menutup kes terhadap 46 anggota Tentera Arakan dan lain-lain pihak yang berkenaan yang masih didakwa di pelbagai mahkamah di negara itu.

Selain menandakan Sambutan Jubli Berlian Hari Kesatuan, pengampunan itu juga bertujuan mewujudkan asas kemanusiaan serta hubungan antara setiap negara terbabit dengan Myanmar, sambil menubuhkan sebuah negara demokrasi baharu yang aman, membangun dan disiplin, kata majlis itu.

Mengikut perintah pengampunan berasingan, hukuman terhadap bekas ketua menteri Negeri Kayin Nang Khin Htwe Myint yang dipenjara, dikurangkan separuh di bawah seksyen 401 (1) Kanun Prosedur Jenayah.

Darurat negara dilanjutkan selama enam bulan lagi pada 31 Jan 2022 selepas pengisytiharan pertamanya pada Februari 2021 dan kuasa negeri dipindahkan kepada Panglima Perkhidmatan Pertahanan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!