Kes gaduh suami isteri, wanita punca isu parkir selesai

Tular video di media sosial memaparkan adegan tolak menolak antara seorang wanita dengan pasangan suami isteri di sebuah pasar pagi Taman Eng Ann pada Selasa lalu.
Tular video di media sosial memaparkan adegan tolak menolak antara seorang wanita dengan pasangan suami isteri di sebuah pasar pagi Taman Eng Ann pada Selasa lalu.
A
A
A

KLANG - Pergaduhan melibatkan tiga individu termasuk pasangan suami isteri pada Selasa lalu dipercayai disebabkan isu parkir telah dianggap selesai.

Kejadian yang sebelum itu tular di media sosial dipercayai berlaku di pasar pagi Taman Eng Ann di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian pada Selasa.

"Seorang wanita mendakwa berlaku adegan tolak menolak antara dia dengan dengan pasangan suami isteri yang berniaga di kawasan parkir tersebut.

"Tolak menolak berlaku setelah wanita berkenaan bertindak mengalihkan kotak polisterin yang diletakkan di salah sebuah lot parkir tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, kesemua yang terlibat dalam kejadian ini telah dipanggil untuk dirakam keterangan.

"Wanita berkenaan dan pasangan suami isteri tersebut kemudiannya tidak mahu memanjangkan perkara itu dan mahu menyelesaikannya dengan cara baik.

"Kes diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (TTL)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat, tular video di media sosial memaparkan adegan tolak menolak antara seorang wanita dengan pasangan suami isteri di sebuah pasar pagi Taman Eng Ann pada Selasa lalu.

Kejadian berlaku setelah wanita berkenaan bertindak mengalihkan kotak polisterin yang diletakkan di salah satu parkir di kawasan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!