10 pasukan berentap rebut kejuaraan sulung Liga Perlis

No Image Caption
A
A
A

SEBANYAK 10 pasukan terdiri daripada kelab bola sepak tempatan menyertai edisi pertama saingan Liga Bola Sepak Perlis yang bermula Sabtu.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis (MSNP), Anuar Abdullah berharap, liga itu akan menjadi platform untuk mencari bakat baharu dalam sukan bola sepak di peringkat akar umbi di Perlis.

"Liga ini turut dianjurkan bagi membimbing kelab bola sepak dari segi pengurusan pasukan ke tahap lebih tinggi serta mengasah kemahiran pengadil bola sepak di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, pihak MSNP berharap liga itu mampu memeriahkan kembali sukan bola sepak di Perlis dan menjadi medan mencungkil bakat baharu yang mampu diketengah ke peringkat lebih tinggi iaitu Piala Belia atau Piala Presiden.

Katanya, beliau kagum dengan kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan oleh kelab bola sepak di Perlis dan akan membuat kajian untuk menambah baik liga itu dari segi jumlah penyertaan pada masa akan datang.

Liga Bola Sepak Perlis

1. Kelab Bola Sepak Sena City

2. Santan Rovers FC

Artikel Berkaitan:

3. GSA FC (Guar Syed Alwi)

4. Kangar City FC

5. Repoh FC,

6. KSMR FC

7. Perlis Cops FC

8. LFJC FC (Lion Junior Football Club)

9. DB United FC

10. Anas FC.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!