Manchester United cicir dua mata di Old Trafford

Sancho (kanan) meraikan jaringan pendahuluan Manchester United ketika melayan kunjungan Southampton dalam aksi liga di Old Trafford, Manchester. - Foto AFP
Sancho (kanan) meraikan jaringan pendahuluan Manchester United ketika melayan kunjungan Southampton dalam aksi liga di Old Trafford, Manchester. - Foto AFP
A
A
A

MANCHESTER United mempersiakan peluang untuk kembali semula dalam kelompok empat teratas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila sekadar melakar keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan Southampton di Stadium Old Trafford pada Sabtu.

Anak buah Ralf Rangnick tampil memburu kemenangan ke-12 liga terlebih dulu bermula garang apabila mendahului hasil jaringan bekas peledak Borussia Dortmund, Jadon Sancho pada minit ke-21.

Namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila The Saints kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan minit ke-48 Che Adams, sebelum kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-1.

Keputusan seri di laman sendiri meneruskan prestasi tidak menentu skuad Rangnick selepas terikat 1-1 ketika bertandang ke Turf Moor menentang kelab tercorot liga, Burnley minggu lalu sekali gus mengeluarkan The Red Devils dari kelompok empat teratas liga.

Sementara itu, keputusan seri dilakar anak buah Ralph Hasenhüttl meneruskan persembahan memberangsangkan The Saints selepas mengejutkan Tottenham Hotspur 3-2 di Stadium Tottenham Hotspur minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!