Empat media perdana berkolaborasi beri laporan terbaik

Esther Ng, Kuik Cheng Kang, Rozaid Rahman dan Ashwad Ismail.
Esther Ng, Kuik Cheng Kang, Rozaid Rahman dan Ashwad Ismail.
A
A
A

BUAT pertama kalinya dalam sejarah, empat buah organisasi media perdana - Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star dan Astro Awani - berganding bahu dan berkolaborasi untuk memberikan laporan yang terbaik dan lebih mendalam serta berkualiti meliputi pelbagai isu semasa yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Kerjasama ini akan menyentuh pelbagai isu nasional secara mendalam dan komprehensif yang berkaitan dengan soal demokrasi misalnya, alam sekitar, pendidikan dan banyak lagi.

“Kami membuat keputusan untuk membentuk kerjasama ini sebagai usaha menyuarakan pandangan yang mewakili latar belakang rakyat Malaysia yang pelbagai dalam isu-isu penting melibatkan masa depan negara,” kata Ketua Pegawai Pengisian The Star, Esther Ng.

Sementara Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail berkata; “Kerjasama ini bermatlamat untuk menawarkan pengisian yang lebih baik dan komprehensif kepada masyarakat dan negara. Dalam apa juga keadaan, media sentiasa berpadu, bina kekuatan dan optimisme untuk semua.”

Manakala Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Kuik Cheng Kang menambah, “Tidak dapat dinafikan, seseorang itu akan berjalan lebih pantas berseorangan tetapi kami percaya sebagai satu kumpulan, kami akan melangkah nun lebih jauh.”

Dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman menegaskan, “Menerusi kerjasama ini, media yang mewakili suara rakyat akan dapat membawa pandangan yang lebih membina serta dinamik dalam membentuk dasar dan halatuju negara pada masa hadapan.”

Projek pertama di bawah kerjasama ini ialah mengenai Undi 18 dan kesannya ke atas Pilihan Raya Negeri Johor serta Pilihan Raya Umum nanti dan disiarkan serentak di dalam keempat-empat media utama ini.

Artikel Berkaitan:

Kolaborasi Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star dan Astro Awani.
Kolaborasi Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star dan Astro Awani.

ARTIKEL BERKAITAN:

Undi 18 jadi kuasa penting

Jumlah pengundi perlu sama rata

SPR tingkat inisiatif pendidikan untuk pengundi muda

Strategi tawan hati pengundi muda

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!