Empat ahli gabungan keluar Pesenang serta-merta

(Gambar kecil kiri: Mohamed Sani ) Gabungan Sepak Takraw Daerah Daerah Pulau Pinang mengambil keputusan keluar Pesenang berkuat kuasa serta-merta selepas mendakwa kecewa dengan tadbir urus badan induk sepak takraw negeri tersebut. (Gambar hiasan) - Foto Awani
(Gambar kecil kiri: Mohamed Sani ) Gabungan Sepak Takraw Daerah Daerah Pulau Pinang mengambil keputusan keluar Pesenang berkuat kuasa serta-merta selepas mendakwa kecewa dengan tadbir urus badan induk sepak takraw negeri tersebut. (Gambar hiasan) - Foto Awani
A
A
A

GABUNGAN Sepak Takraw Daerah Daerah Pulau Pinang mengambil keputusan keluar Persatuan Sepak Takraw Pulau Pinang (Pesenang) berkuat kuasa serta-merta selepas mendakwa kecewa dengan tadbir urus badan induk sepak takraw negeri tersebut.

Malah menurut Presiden Gabungan Daerah-Daerah Sepak Takraw Pulau Pinang, Datuk Mohamed Sani Bakar, gabungan yang melibatkan empat persatuan itu sepakat untuk menubuhkan Persekutuan Sepak Takraw Pulau Pinang bagi meneruskan kesinambungan program pembangunan sukan warisan tersebut di negeri itu.

“Gabungan mengambil maklum bantahan Persatuan Sepak Takraw Daerah Timur Laut terhadap status terkini Pesenang berkenaan hal tadbir urus badan induk tersebut kepada Pesuruhjaya Sukan bertarikh pada 11 Mei tahun lalu. Kami ahli gabungan juga mengikuti rapat dan mengambil maklum setiap perkembangan semasa isu membabitkan sukan sepak takraw di negeri ini.

“Jadi selepas membuat pertimbangan sehabis baik, hasil mesyuarat bersama pada 10 Februari lalu, Gabungan Sepak Takraw Daerah Daerah Pulau Pinang mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama Pesenang berkuat kuasa serta-merta.

“Suka saya maklumkan di sini bahawa gabungan ini akan menubuhkan entiti baru sepak takraw iaitu Persekutuan Sepak Takraw Pulau Pinang bagi memastikan kesinambungan pembangunan sukan sepak takraw di negeri ini. Permohonan penubuhan Persekutuan Sepak Takraw Pulau Pinang telah pun dihantar untuk perhatian dan tindakan lanjut Pesuruhjaya Sukan,” katanya kepada Sukan Sinar.

Untuk rekod, Gabungan Sepak Takraw Daerah Daerah Pulau Pinang merangkumi Persatuan Sepak Takraw Daerah Timur Laut, Persatuan Daerah Barat Daya, Persatuan Daerah Seberang Perai Utara dan Persatuan Daerah Seberang Perai Selatan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!