SPRM tahan suami isteri kes salah guna kuasa, tuntutan palsu

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berkaitan kes penyalahgunaan kuasa dan tuntutan palsu berjumlah kira-kira hampir RM40,000.

Menurut sumber, suspek wanita yang berusia 30 tahun dan suaminya berusia 32 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor pada jam 11.30 pagi pada Ahad selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada tahun 2020 hingga tahun lalu, wanita tersebut yang bertugas sebagai seorang pembantu tadbir di sebuah jabatan daerah telah menggunakan kedudukannya dengan memberikan kerja-kerja pembekalan kepada syarikat suaminya.

Bagaimanapun, kerja-kerja pembekalan yang sepatutnya dibuat oleh syarikat tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 23 dan 18 Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Isnin bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!