PRN Johor: Calon PKR diumum pada Isnin
JOHOR BAHRU - Kesemua 17 calon Parti Keadilan Rakyat ( PKR) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Johor akan diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
Menurut sumber PKR, pengumuman itu akan dilakukan secara tiga peringkat mengikut wilayah Johor iaitu selatan, tengah dan utara.
"Pengumuman dimulakan dengan calon bagi wilayah Johor selatan yang akan dilakukan di sebuah hotel di bandar raya ini pada jam 11.30 pagi.
"Kemudian calon Johor tengah akan diumumkan di Pejabat PKR Rengit pada jam 6 petang diikuti calon Johor Utara dilakukan di Hotel Pelican pada jam 9 malam," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Pada 27 Januari lalu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, dilaporkan berkata, parti itu dan PKR masing-masing akan bertanding 20 kerusi, manakala DAP pula 16 kerusi pada PRN Johor.
Seterusnya pada 9 Febuari lalu PKR Johor menawarkan tiga kerusi kepada parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!