Mayat bayi ditikam dikebumi dalam masa terdekat

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

KEMAMAN - Jenazah bayi lelaki yang meninggal dunia dipercayai akibat ditikam ibunya yang berusia 15 tahun akan dikebumikan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pengebumian mayat bayi yang dilahirkan cukup sifat itu akan diuruskan oleh Pejabat Agama Daerah Kemaman.

Menurutnya, surat penyerahan mayat bayi malang tersebut telah dikeluarkan kepada Pejabat Agama Daerah Kemaman pada Ahad.

"Bila jenazah akan dituntut dari Unit Forensik Hospital Kemaman dan lokasi pengebumian mayat bayi ini akan diputuskan jabatan tersebut bersama pihak keluarga.

"Namun saya difahamkan, ia mungkin akan diuruskan dalam waktu terdekat," katanya di sini pada Ahad.

Selasa lalu, seorang bayi yang baharu dilahirkan ditemui meninggal dunia dengan kesan tikaman dipercayai dibunuh ibunya sendiri dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kemaman.

Bayi lelaki yang cukup sifat itu dipercayai ditikam di bahagian dada kiri dengan objek tajam oleh suspek yang berusia 15 tahun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!