Syed Saddiq ajar cara mohon undi pos menerusi TikTok
SHAH ALAM – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi media sosial TikTok miliknya pada Ahad memaklumkan pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor cara memohon untuk mengundi secara pos.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, hanya tinggal lima hari sahaja pengundi boleh membuat permohonan itu.
“Lima minit masa anda, lima tahun perubahan di Johor. Bangkit anak Johor. Ada lebih 100,000 anak Johor di Singapura.
“Nak beli tiket penerbangan mahal, tiket bas tekan habis. Jadi anak Johor, boleh mohon undi pos dalam tiga langkah sahaja,” katanya.
Pada Rabu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon PRN Johor ditetapkan pada 26 Februari ini manakala undi awal pada 8 Mac depan dan pembuangan undi 12 Mac.
Syed Saddig turut memberitahu, pemohon boleh menggunakan telefon bimbit untuk tujuan itu.
“Nombor satu pergi ke laman wb MySPR, kedua klik undi pos dan tekan mohon. Ketiga, pilih pengundi luar negara dalam borang permohonan,” ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!