Adib tidak alami kecederaan serius
Pengurus Besar pasukan, Jeffrey Chew berkata, Adib kini dalam proses pemulihan hasil tindakan pantas pasukan perubatan dan pihak hospital.
"Adib dibawa untuk pemeriksaan di sebuah hospital swasta dengan serta-merta setibanya mereka kembali (ke Pulau Pinang) pada keesokan harinya (10 Februari).
"Selepas penilaian perubatan, tiada ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) diperlukan dan beliau disahkan tidak mengalami kecederaan serius selepas pemeriksaan lanjut di hospital,” katanya yang dihubungi Bernama pada Ahad.
Beliau berkata, pasukan Pulau Pinang memandang serius dan mengutamakan keselamatan pasukan serta akan terus memberikan penjagaan sebaik mungkin ke atas pemain.
Dalam pada itu, beliau berkata, skuad Harimau Kumbang kini sedang menjalani latihan rutin sebagai persediaan berdepan beberapa perlawanan persahabatan sebelum saingan Liga Super 2022 bermula Mac ini.
Penang FC dijadual menentang Melaka United FC pada 8 Mac di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!