Covid-19: Pejabat pos, SJKT Mentakab ditutup sementara

SJKT Mentakab yang ditutup sementara bermula Isnin hingga Rabu.
SJKT Mentakab yang ditutup sementara bermula Isnin hingga Rabu.
A
A
A

TEMERLOH - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mentakab di sini ditutup sementara bermula Isnin hingga Rabu ini.

Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh dalam satu notis memaklumkan, sekolah tersebut ditutup bagi menjalankan kerja-kerja pencegahan dan perebakan sesuatu penyakit berjangkit.

Dalam pada itu, Pos Malaysia turut memaklumkan cawangannya di Mentakab ditutup bermula hari ini hingga Isnin depan.

Tindakan tersebut diambil sebagai langkah berwaspada bagi membendung penularan Covid-19.

Pos Malaysia Mentakab ditutup sementara bermula hari ini hingga Isnin depan.
Pos Malaysia Mentakab ditutup sementara bermula hari ini hingga Isnin depan.

"Kami menghargai sokongan serta kesabaran anda dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Artikel Berkaitan:

"Untuk sebarang urusan sepanjang tempoh ini, anda boleh mengunjungi cawangan terdekat di Pejabat Pos Temerloh dan Pos Laju Service Centre Temerloh," ujar kenyataan tersebut.

Notis kenyataan itu juga memberitahu, pengguna boleh menghubungi AskPos di www.pos com.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!