PPM tumpaskan 24 kes sepanjang Op Tahun Baharu Cina
TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya menumpaskan 24 kes sepanjang operasi khas sempena Tahun Baharu Cina bermula 25 Januari hingga Ahad.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, nilai keseluruhan rampasan tersebut ialah RM172,357.
"Kes tertinggi melibatkan Akta Kawalan Padi dan Beras Negara 1994 sebanyak sembilan kes; Akta Kastam 1967 (lima), Akta Kawalan Bekalan 1961 (lima), diikuti Akta Racun 1952, Akta Maqis 2011, Akta Makanan 1983, Akta Dadah Berbahaya 9152 dan Akta Imigresen 1959/63 masing-masing satu kes," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, dalam operasi tersebut PPM turut menahan seorang lelaki dan wanita warganegara India yang dipercayai telah melakukan kesalahan Akta Imigresen 1959/63 di bawah seksyen 15(1)(c).
Beliau berkata, PPM sentiasa mengekang aktiviti penyeludupan barang-barang kawalan dan kontraban di sempadan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!