UMNO pembangkang 'mesra' kerajaan
KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah tidak menolak kemungkinan UMNO Kelantan bakal menjadi pembangkang yang 'mesra' kepada kerajaan negeri.
Menurutnya, dengan situasi yang berlaku ketika ini, kedua-dua parti tersebut seiring dan selangkah bersama dalam beberapa isu walaupun masih berstatus pembangkang dan kerajaan dalam DUN Kelantan.
"Sama sahaja, (masih) status sebagai pembangkang, tapi mungkin UMNO akan jadi pembangkang yang mesra kerajaan. Itu sahaja," katanya sebagai mengulas kedudukan UMNO dalam DUN Kelantan yang akan mula bersidang esok.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!