PRN Johor: Maszlee calon PKR di DUN Layang-Layang
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan secara langsung menerusi Facebooknya pada Isnin.
Anwar berkata, hanya Maszlee seorang sahaja yang diberi pengecualian sebagai ahli Parlimen PKR untuk bertanding dalam PRN Johor.
“Kita tengok dalam 20 cadangan tidak ada ahli Parlimen kita. Tapi satu yang saya beri pengecualian di Johor ini iaitu saudara Maszlee Malik di Layang-Layang,” katanya.
Jelasnya, Maszlee diangkat sebagai calon bagi membantu negeri Johor dengan pengalamannya yang ada sebelum ini.
Maszlee yang dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Mei 2020 digembar-gemburkan sebagai bakal Menteri Besar Johor, namun beliau menganggap perkara itu terlalu awal untuk diperkatakan ketika ini.
Pada sebelah pagi, Anwar mengumumkan lima calon PKR iaitu Fakharuddin Moslim bagi kerusi Pasir Raja, S Gopalakrishnan (Tiram), Napsiah Khamis Maharan (Kempas) dan Chiong Sen Sern (Bukit Batu).
DR MASZLEE MALIK CALON KEADILAN DUN LAYANG-LAYANG
Mengumumkan @maszlee sebagai calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang.
Saya yakin kemampuan beliau untuk terjemah aspirasi parti serta membawa suara dan kehendak rakyat keseluruhan. #JohorBangkitpic.twitter.com/F97yMBj1Na
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) February 14, 2022
@sinarharianonline SINAR PM 15 FEBRUARI 2022 | PRN Johor: Calon MB di Layang-Layang? #prnjohor#maszleemalik#politics#beritatiktok#xyz original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!