PRK perlukan mekanisme baharu: Sivamurugan

Sivamurugan Pandian
Sivamurugan Pandian
A
A
A

SHAH ALAM - Reformasi ke atas PRK perlu dilakukan untuk mencari mekanisme baharu supaya ia tidak terus dijadikan sebagai medan berpolitik semata-mata oleh parti-parti tertentu demi kepentingan peribadi.

Ahli Sosiologi Politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, ini kerana sudah tiba masanya agenda kepentingan rakyat diberi keutamaan selaras dengan usaha untuk membina negara dan bangsa ke arah yang lebih baik.

“Demokrasi PRK wajar dilihat sebagai satu mekanisme untuk gantikan seorang pemimpin yang benar-benar layak diganti.

“Bukan digunakan untuk meneruskan agenda memanipulasi politik secara berterusan hingga kita gagal menguruskan persepsi terhadap sesuatu isu.

“Malah, saya juga berasakan sudah tiba masanya untuk melihat transisi ke atas pembaharuan perubahan dan kematangan politik, di mana seseorang pemimpin perlu melihat sesuatu isu secara rasional dan praktikal serta dapat mengenepikan fahaman politik demi kepentingan bersama,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian ke - 95 membincangkan topik PRK: Apa Kesan Terhadap Demokrasi di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!