Tempatkan pasukan pemantau di bazar Ramadan

Dr Zainal
Dr Zainal
A
A
A

SHAH ALAM - Setiap kawasan bazar Ramadan harus menempatkan pasukan pemantau bagi memastikan semua pengunjung mematuhi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Omar berkata, cadangan itu bagi memberi amaran kepada pengunjung dan peniaga bazar yang didapati tidak mengikuti SOP.

Ujar beliau, meskipun ada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang ditempatkan di kawasan berkenaan, namun tenaga kerja mereka tidak mencukupi untuk mengawal bilangan pengunjung yang ramai.

“Sekarang kita ada anggota Rela yang menjaga di depan (kawasan bazar). Jadi kena ada pasukan (pemantauan) di dalam untuk tengok siapa yang tidak pakai pelitup muka atau beratur sesak.

“Kemudian cepat-cepat beri teguran, kita tidak perlu ambil tindakan. Itu yang penting, sebab kita nak mengawal pengunjung di dalam,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, sikap orang ramai yang semakin leka dan tidak takut dengan pandemik Covid-19 boleh menyebabkan risiko kes wabak itu meningkat lebih tinggi.

Menurutnya, tidak ada masalah jika kerajaan membenarkan bazar Ramadan beroperasi, tetapi orang ramai perlu berjaga-jaga serta ada kesedaran untuk mematuhi SOP sedia ada.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!