Fenomena Rasuah Busters satukan rakyat lawan kezaliman, penyelewengan

Nurhayati
Nurhayati
A
A
A

SHAH ALAM - Tempoh setahun menyaksikan Rasuah Busters muncul sebagai satu fenomena besar dalam menyemarakkan nilai kebersamaan rakyat memerangi musuh utama negara iaitu rasuah.

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, elemen ketirisan, kelompongan undang-undang, ketidakadilan yang membezakan kedudukan akibat penyalahgunaan kuasa menyatukan rakyat untuk bangkit bersama Rasuah Busters.

Menurutnya, suara rakyat bersama gerakan pasukan Rasuah Busters berusaha menentang segala bentuk kezaliman dalam apa jua cara dan kapasiti tersendiri.

Katanya, pendekatan 'cegah dan rawat' digerakkan oleh Rasuah Busters di peringkat akar umbi dan ekosistem negara.

Pendekatan 'cegah dan rawat' digerakkan oleh Rasuah Busters di peringkat akar umbi dan ekosistem negara.
Pendekatan 'cegah dan rawat' digerakkan oleh Rasuah Busters di peringkat akar umbi dan ekosistem negara.

"Ini dilaksanakan melalui pembentukan jaringan dan mobilisasi bersama hampir 500 rakan gabungan yang turut menjadikan antirasuah sebagai agenda perjuangan.

"Bersama rakan gabungan, satu kolaborasi usaha, penggembelengan tenaga, pengumpulan idea serta inovasi dan pemerkasaan telah dilaksanakan sebaik mungkin.

"Begitu juga jalinan kerjasama dengan masyarakat sivil dalam menghasilkan penambahbaikan terhadap sistem perundangan dan institusi negara," katanya kepada Kru Rasuah Busters.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Nurhayati berkata, pelbagai usaha digerakkan bagi memastikan negara mempunyai barisan kepimpinan bersih dan berintegriti tinggi termasuk memperkenalkan alat ukur integriti iaitu ujian sistem psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag).

Tegas beliau, semua inisiatif tersebut digerakkan bagi memulihkan imej negara yang tercalar akibat perbuatan rasuah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!