Tanam Semula Tumbuhan Hutan

No Image Caption
A
A
A

Suzairi Zakaria, 46, jurugambar berpengalaman lebih 15 tahun mengambil inisiatif menanam semula tumbuhan hutan termasuk orkid liar yang hampir pupus di halaman rumahnya, Setiu, Terengganu akibat pembalakan dan penerokaan tanah di negeri itu.

Usaha pemuliharaan hutan hujan tropika yang dilakukan beliau sejak 2015 itu telah berjaya menanam semula lebih 2,000 spesies tumbuhan hutan termasuk 200 orkid liar yang ditemui di tanah bris dan kawasan pembalakan di sekitar negeri itu.

Menariknya, usaha pemuliharaan biodiversiti Suzairi itu juga telah berjaya menemukan beberapa orkid liar dan tumbuhan hutan baharu antaranya periuk kera atau nama saintifiknya Nepenthes latiffiana, Nepenthes domei dan orkid liar pula seperti Bromheadia petuangensis, Dendrobium ruseae dan Dendrobium mizanii yang dinamakan sempena nama Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Banjir di Jitra

No Image Caption
GALERI

Ombak kuat di Jalan Pantai Bersih

No Image Caption
GALERI

Tarikan terbaharu pengunjung di Kluang

No Image Caption
GALERI

Banjir dekat Pokok Sena