Seorang maut, 14 cedera kereta api bertembung di Munich

Anggota-anggota keselamatan membantu kerja-kerja menyelamat di lokasi nahas dua buah kereta api bertembung di dekat Munich, Jerman pada Isnin. - Foto AFP
Anggota-anggota keselamatan membantu kerja-kerja menyelamat di lokasi nahas dua buah kereta api bertembung di dekat Munich, Jerman pada Isnin. - Foto AFP
A
A
A

MUNICH - Seorang maut dan 14 orang lagi cedera pada Isnin apabila dua kereta api bertembung dekat Munich di selatan Jerman, kata polis.

Punca nahas yang berlaku kira-kira jam 4.40 petang waktu tempatan itu masih belum diketahui.

Imej dalam media tempatan menunjukkan penumpang-penumpang berdiri di sebelah trek selepas perlanggaran tersebut dengan sekurang-kurangnya satu gerabak tergelincir.

"Seorang maut dalam perlanggaran dua kereta api S-Bahn," ciap polis Munich menerusi Twitter.

"Seramai 14 orang lagi cedera," kata jurucakap polis kepada AFP.

Nahas berlaku berhampiran stesen bandar S-Bahn Ebenhausen-Schaeftlarn, barat daya Munich dengan kedua-dua buah kereta api itu nampaknya bertembung antara satu sama lain di satu laluan.

Lebih 200 orang pekerja penyelamat dan polis dihantar ke tempat kejadian.

Menurut polis, seorang cedera pada mulanya terperangkap di dalam gerabak tetapi kemudian berjaya diselamatkan.

Artikel Berkaitan:

Akhbar Bild yang paling laris di Jerman melaporkan bahawa kira-kira 95 penumpang berada di dalam dua kereta api itu dan seorang pemandu kereta api telah terperangkap dalam serpihan.

Landasan di wilayah Bavaria di Jerman ditutup selepas kejadian itu dengan perkhidmatan bas gantian disediakan.

Penumpang di dalam kereta api memberitahu akhbar Merkur bahawa terdapat dentuman kuat sebelum penumpang terhumban dari tempat duduk mereka.

Pengendali kereta api Jerman, Deutsche Bahn berkata, pihak berkuasa telah membuka siasatan berhubung kemalangan tersebut. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!