Bomoh tua didakwa cabul wanita

Mohd Raba’ai (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa kerana cabul wanita.
Mohd Raba’ai (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa kerana cabul wanita.
A
A
A

MELAKA - Seorang bomoh tua didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas pertuduhan mencabul seorang wanita dengan menyapukan limau nipis dan telur ayam pada badan mangsa.

Mohd Raba’ai Parman, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah berkahwin didakwa melakukan cabul dengan menyapukan limau nipis dan telur ayam ke badan seorang wanita berusia 41.

Perbuatan dilakukan kira-kira jam 9 malam di Taman Rambai Utama pada 11 Januari lalu.

Mangsa datang ke rumah tertuduh yang dipanggil ‘Atok’ bersama anak dan rakan lelaki untuk menjalankan rawatan selepas mengalami masalah emosi.

Ketika kejadian mangsa diminta berkemban untuk rawatan mandian sebelum tertuduh menyapu limau nipis ke seluruh badan mangsa sambil meraba sehingga ke bahagian kemaluan.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan RM4,000 dikenakan.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh diwakili Peguam Santhil Ramu merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit tulang belakang dan kolesterol yang memerlukan rawatan setiap bulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 berserta syarat tambahan tidak mendekati atau mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Dalam pada itu, mahkamah turut menetapkan tarikh 28 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!