Warga emas hilang ditemui tinggal rangka, tengkorak

Tengkorak dan rangka manusia dipercayai milik seorang warga emas ditemui di kawasan semak di Tengkera pada Isnin lalu.
Tengkorak dan rangka manusia dipercayai milik seorang warga emas ditemui di kawasan semak di Tengkera pada Isnin lalu.
A
A
A

MELAKA - Misteri kehilangan seorang warga emas pada Januari lalu terjawab apabila tengkorak dan rangka dipercayai milik lelaki itu ditemui di kawasan semak bersebelahan sebuah hotel di Tengkera di sini, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tengkorak dan rangka manusia itu ditemui seorang pekerja kedai tayar kira-kira jam 6 petang sebelum memaklumkan kepada polis.

Menurutnya, siasatan awal di lokasi menemui MyKad dalam poket seluar mangsa dan semakan mendapati mangsa merupakan warga emas berusia 78 tahun yang pernah dilaporkan hilang oleh anak buahnya pada 31 Januari lalu.

"Tengkorak dan rangka manusia yang ditemui dipercayai milik mangsa yang hilang itu.

Tengkorak dan rangka manusia yang ditemui pada Isnin lalu.
Tengkorak dan rangka manusia yang ditemui pada Isnin lalu.

"Disyaki sebelum kejadian mangsa berjalan kaki dari rumahnya di Taman Kota Laksamana Seksyen 2, tidak berapa jauh dari tempat kejadian.

"Mangsa kemungkinan telah terjatuh di kawasan semak samun tersebut dan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dihantar ke lokasi bagi pengumpulan rangka dan tengkorak yang ditemui.

Artikel Berkaitan:

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan siasatan awal tidak menemui sebarang petunjuk kepada unsur jenayah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!