KTMB perkenal pakej Keluarga Malaysia, tawar diskaun 25 peratus

Pengguna boleh berjimat sebanyak 25 peratus menerusi pakej Keluarga Malaysia yang diperkenalkan KTMB.
Pengguna boleh berjimat sebanyak 25 peratus menerusi pakej Keluarga Malaysia yang diperkenalkan KTMB.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan diskaun Pakej Keluarga Malaysia melalui perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity kepada semua warganegara Malaysia bermula Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, Pakej Keluarga Malaysia itu adalah inisiatif baharu KTMB bagi memberi promosi diskaun tambang perjalanan berkumpulan sebanyak 25 peratus bagi perjalanan mulai Isnin hingga 31 Disember 2022.

"Pakej tersebut boleh dibeli bagi perjalanan minimum empat tiket dalam satu transaksi pembelian (dewasa atau kanak-kanak) untuk semua perkhidmatan ETS, Ekspres Rakyat Timuran dam Ekspres Selatan menggunakan kod promo KMKTMB2.

"Sebagai menyahut seruan kerajaan bagi membantu memulihkan ekonomi negara, KTMB akan terus optimis dalam memastikan perkhidmatan tren kekal menjadi pilihan utama melalui promosi-promosi yang dirangka khas untuk keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Rani memberitahu, melalui pakej itu, KTMB menyasarkan peningkatan jualan tiket terutamanya musim cuti sekolah pada Mac dan sambutan Aidilfitri pada Mei nanti.

"Saranan saya kepada seluruh Keluarga Malaysia jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan promosi ini dan rancanglah perjalanan anda.

"Pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB," katanya.

Ujarnya, KTMB akan terus berusaha memastikan semua penumpang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan pengguna juga diingatkan agar memberi kerjasama dalam mematuhi SOP yang ditetapkan untuk kesejahteraan bersama.

Artikel Berkaitan:

Untuk pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!