Rumah penuh sampah kitar semula

Keadaan di rumah lelaki tersebut yang melakukan aktiviti pengusahaan barang kitar semula. Foto Ihsan SWCorp Pahang.
Keadaan di rumah lelaki tersebut yang melakukan aktiviti pengusahaan barang kitar semula. Foto Ihsan SWCorp Pahang.
A
A
A

JERANTUT- Seorang pemilik rumah di sebuah taman perumahan di sini diarahkan untuk tidak meneruskan aktiviti pengusahaan barang kitar semula secara tidak berlesen pada Selasa.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid berkata, pemilik rumah yang juga seorang lelaki 30-an itu turut diarahkan membersihkan kawasan kediamannya.

Menurutnya, ia berikutan kawasan tersebut dipenuhi sisa sampah sehingga menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar.

"Lelaki tersebut telah melakukan aktiviti ini lebih dua tahun lalu. Aduan juga diterima kerana menyebabkan kerja kutipan dan pembersihan terganggu oleh pengumpulan sisa.

"Kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan pada hari ini (Selasa)," katanya kepada Sinar Harian Pahang pada Selasa.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan di rumah lelaki tersebut.
Kerja-kerja pembersihan dilakukan di rumah lelaki tersebut.

Ujarnya, pihak SWCorp akan melakukan pemantauan di lokasi terbabit dari semasa ke semasa.

"Operasi hari ini dijalankan bersama pihak SWCorp Jerantut dan Majlis Daerah Jerantut.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga meminta masyarakat untuk tidak membuat kacau ganggu di kawasan perumahan yang boleh menjejaskan pemandangan dan kesihatan penduduk sekitar," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!