[VIDEO] Bayi hidap penyakit hati perlu bantuan

Keadaan Muhammad Aus Daniel selepas menjalani pembedahan hati ketika berusia tujuh minggu.
Keadaan Muhammad Aus Daniel selepas menjalani pembedahan hati ketika berusia tujuh minggu.
A
A
A

JASIN - Bayi comel yang diberi nama Muhammad Aus Daniel Muhammad Ikqram, 11 bulan, dilahirkan dalam keadaan sihat dan normal seperti bayi lain.

Namun ketika usianya menjangkau tujuh minggu, dia disahkan menghidap biliary atresia atau hati kronik dan perlu menjalani pembedahan dengan segera ketika itu.

Kasih ibunya, Nuraini Maszalan, 37, dan bapa, Muhammad Ikqram, 31, bagaimanapun tidak sedikitpun berkurangan dan reda diuji dengan dugaan itu walaupun kini terpaksa berulang-alik dari kediaman di Jasin Bestari di sini ke Hospital Sultanah Aminah, Johor setiap tiga bulan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Nuraini bersama Muhammad Aus Daniel yang menghidap penyakit hati.
Nuraini bersama Muhammad Aus Daniel yang menghidap penyakit hati.

Menurut Nuraini, disebabkan keadaan dialami Muhammad Aus Daniel yang memerlukan jagaan rapi, dia sukar untuk bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suami sebanyak RM2,000 sebulan untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga termasuk keperluan anak keduanya itu.

"Setiap bulan kami memerlukan RM500 perbelanjaan untuk membeli susu dan lampin selain kos ke hospital untuk bertemu doktor pakar di Johor.

"Disebabkan kekangan kewangan, ada kalanya kami terpaksa meminjam wang daripada ahli keluarga bagi menanggung kos tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Tambah Nuraini, dia berharap anaknya yang bakal melangkah usia setahun pada bulan depan itu dapat sembuh sepenuhnya dan ceria seperti kanak-kanak lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!