Cabaran Anwar pada PRN Johor

Anwar
Anwar
A
A
A

2021 merupakan tahun mendukacitakan buat parti yang diasaskan daripada semangat reformasi apabila gagal dua kali dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu di Melaka dan Sarawak.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dahulunya tampak garang serta bertenaga dengan kehadiran ramai watak-watak, antaranya Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Chegu Bard, Tian Chua, Elizabeth Wong dan Datuk Dr Xavier Jayakumar.

Sudah pasti tonggak parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi tumpuan apabila PRN Johor membuka tirai pada 12 Mac ini.

Episod duka PKR dalam PRN bermula pada 26 September 2020 iaitu ketika PRN Sabah.

Di Sabah, PKR bertanding di bawah payung Parti Warisan (Warisan) Plus dan bertanding di tujuh kerusi, tetapi hanya menang dua kerusi.

Kemudian, PRN Melaka pada 20 November lalu, PKR tewas di semua 11 kerusi ditandingi.

Kekalahan ini merupakan satu tamparan hebat apabila tewas walaupun meletakkan calon paling ramai berbanding sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH).

Percaturan Anwar meletakkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan juga tidak menjadi.

Artikel Berkaitan:

Kredibiliti Anwar kembali teruji apabila keputusan PRN Sarawak pada 18 Disember lalu tidak memihak kepadanya apabila kesemua 28 calonnya kalah di semua kerusi yang ditandingi.

Pada PRN Johor kali ini, Anwar menamakan Dr Maszlee Malik sebagai salah seorang calon parti itu untuk DUN Layang-Layang di bawah Parlimen Simpang Renggam. Bekas Menteri Pendidikan itu akan mewakili PKR dan disebut-sebut menjadi Menteri Besar Johor sekiranya PH menang.

Selain Anwar, barisan kepimpinan PKR seperti Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir turut teruji untuk melonjakkan kembali parti itu di hati pengundi.

Namun begitu, di kala UMNO sudah menampakkan perubahan terutamanya mengembalikan sokongan pengundi, PKR kelihatan masih tercari-cari formula terbaik.

Jika masih tiada apa yang baharu, agaknya masih adakah penyokong yang mahu mendengar kata-kata Anwar kali ini? Dalam erti kata lain, apa agaknya nasib Anwar selepas ini?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!