Data pengundi didakwa mencurigakan: Fuziah

Fauziah
Fauziah
A
A
A

KUANTAN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera memberi penjelasan berhubung integriti data Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi 2021 yang diwartakan baru-baru ini.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, gesaan itu dibuat selepas mendakwa terdapat data mencurigakan pada nama-mana pengundi yang berdaftar.

Menurutnya, semakan itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai kekeliruan yang terdapat dalam data dikeluarkan SPR.

"Saya terima pelbagai aduan dari unit data parti-parti Pakatan Harapan (PH) mengenai data yang pelik-pelik sebagai pengundi, sebagai contoh meninggal dunia (Deceased) dan tamat tempoh (Expired) sebagai nama pemilih.

”Jadi, saya sendiri telah membuat semakan pemilih di laman sesawang SPR menggunakan sampel nombor kad pengenalan daripada DPT tersebut. Ternyata aduan tersebut adalah benar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mempersoalkan ketelusan SPR dalam mengendalikan data berkenaan dan meminta pihak SPR segera membekalkan daftar pemilih itu bagi tujuan semakan.

Jelasnya, sikap SPR seolah-olah melengahkan usaha PKR dan parti pembangkang lain mendapatkan DPT itu turut menimbulkan pelbagai persoalan.

"Adakah data itu mempunyai kesilapan atau mereka (SPR) memang tidak mahu parti pembangkang membeli daftar terbabit?

Artikel Berkaitan:

"SPR diminta membuat kenyataan terbuka mengenai isu berkenaan kerana ia membabitkan kredibiliti suruhanjaya itu," ujarnya.

Beliau mendakwa sehingga kini SPR gagal membekalkan senarai DPT itu sedangkan data tersebut sudah diperakui SPR pada 14 Januari lalu dan terbaharu pada 7 Februari lalu.

Dakwanya, malah Parti PH juga masih tidak dibenarkan membeli senarai berkenaan.

"SPR telah mengeluarkan senarai harga Daftar Pemilih Induk (DPI) 2021 untuk seluruh negara dan memaklumkan ia sudah sedia untuk dibekalkan kepada semua parti politik.

"Namun, masalahnya sehingga sekarang kami belum boleh membeli senarai (DPT) terbabit, jadi apa sebenarnya alasan mereka (SPR) atas kegagalan membekalkan senarai berkenaan selepas lebih sebulan ia diwartakan," ujarnya.

Sementara itu Fuziah berkata, sebelum ini SPR menyediakan Rang DPT secara percuma dan dipamerkan kepada orang awam.

"Kalau daftar (pemilih) tambahan ini dikhuatiri kesahihannya, bagaimana SPR boleh mewartakan data berkenaan dan adakah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan pada 12 Mac ini akan di kompromi keputusannya," katanya.

Fuziah kemudian mempersoalkan tindakan SPR, bagaimana suruhanjaya itu boleh mewartakan data lebih 5.8 juta pengundi yang dikhuatiri kesahihannya.

Menurutnya, situasi ini akan menjejaskan keputusan PRN Johor tidak lama lagi.

“Adakah PRN Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac depan akan di kompromi keputusannya kerana terdapat penyelewengan (irregulariti) pada daftar pemilih yang telah di wartakan?” soal beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!